Friday, March 8, 2013

UJIAN KENDIRI SJ T3B3

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 3 (2013)


1.
Rajah berikut berkaitan pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu.
 
Senarai tersebut digunakan oleh Parti Komunis Malaya bagi tujuan X, iaitu...
A menjalankan pengintipan.
B menyebarkan dakyah.
C membekalkan maklumat.
D menyediakan pendidikan.
 

2.
Kawasan yang berlorek pada peta berikut telah memberikan sumbangan kepada negeri Tanah Melayu pada tahun 1948 - 1960.
 
Apakah sumbangan yang dimaksudkan?
A Pembangunan ekonomi
B Kemudahan kesihatan
C Bantuan pertahanan
D Penggubalan perlembagaan

 
3.
Rajah berikut merujuk kepada antara tugas Min Yuen kepada Parti Komunis Malaya.

X ialah...
A memberikan maklumat.
B mengatur kemudahan pendidikan.
C menguruskan tabung pelaburan.
D melatih pasukan gerila.
 

4.
Andaikan anda sebagai Pengarah Operasi Rancangan Briggs pada tahun 1950 untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen.
Apakah pilihan strategi anda?
A Membekalkan senjata kepada semua penduduk
B Mengharamkan penyokong komunis menyertai
kesatuan sekerja
C Membawa masuk pasukan tentera dari luar
D Menempatkan semula penduduk ke kampung
baru

 
5.
Dialog berikut mungkin dituturkan pada Zaman Darurat di Tanah Melayu.
 
Kebanyakan anggota gerakan tersebut terdiri daripada...
I pekerja lombong.
II pekerja ladang.
III kaum nelayan.
IV pengusaha kilang.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 

6.
Anda ditugaskan untuk menulis catatan ringkas dalam risalah Persatuan Sejarah sekolah anda berkaitan keadaan penduduk di kampung baru di Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Apakah pilihan isi anda?
I Penyediaan kemudahan asas
II Pelaksanaan ekonomi kawalan
III Peningkatan hubungan antara kaum
IV Pengawalan terhadap bekalan makanan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 

7.
Sir Harold Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. Apakah yang menjadi fokus penting MCA pada ketika itu?
A Memperjuangkan kemerdekaan tanah air
B Memujuk anggota komunis meletakkan senjata
C Meningkatkan perpaduan kaum melalui
pendidikan
D Mengatasi masalah penempatan semula
penduduk

 
8.
Rajah berikut merujuk kepada program kerajaan dalam Perang Saraf.
 
X ialah...
A mewujudkan penempatan baru.
B memperbesarkan pasukan keselamatan.
C melonggarkan syarat kerakyatan.
D menggalakkan penubuhan parti politik.
 

9.

British mengambil tindakan tersebut untuk...
A menjayakan pembentukan Parti Perikatan.
B menjamin kemenangan dalam pilihan raya.
C mendapat sokongan dalam membanteras
komunis.
D menyediakan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.
 

10.

Apakah perkara yang diberi penekanan dalam kempen tersebut?
A Bantuan ketenteraan
B Kemantapan kewangan
C Sokongan penduduk
D Kekuatan parti politik
 

11.
Anda dapati pihak PKM telah melakukan keganasan di Tanah Melayu sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri.
Antara berikut, yang manakah merupakan keganasan yang dilakukan oleh PKM?
I Bas dibakar
II Balai polis diserang
III Membakar ladang-ladang
IV Menculik orang yang bersubahat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

 
12.
Sultan dan Menteri Besar bagi setiap negeri sering menguar-uarkan langkah-langkah menentang komunis.
Apakah tindakan Menteri Besar Pahang bagi menangani keganasan komunis?
A Mengisytiharkan penyokong komunis sebagai
pengkhianat negara
B Menggelar ahli-ahli komunis sebagai pengganas
C Mengingatkan tentang kekejaman komunis
kepada rakyat
D Menimbulkan kebencian rakyat terhadap
komunis

 
13.
Satu pertemuan telah diadakan di tempat berikut antara Tunku Abdul Rahman dan PKM.
 
Antara berikut, yang manakah permintaan yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap PKM?
I Kerjasama antara dua pihak
II PKM meletakkan senjata
III PKM dibubarkan
IV PKM menubuhkan sebuah parti politik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

 
14.
Rajah berikut menggambarkan kepentingan Min Yuen dalam pergerakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.
 
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam melumpuhkan Min Yuen?
A Mewujudkan kampung baru
B Melancarkan serangan hendap
C Mengadakan perintah berkurung
D Menawarkan pengampunan beramai-ramai

 
15.
Maklumat berikut merupakan salah satu rancangan yang diperkenalkan di Tanah Melayu di bawah Rancangan Briggs.
 
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan rancangan tersebut?
A Penduduk berumur 11 tahun mesti didaftarkan
B Diperkenalkan di kawasan petempatan
setinggan
C Penduduk bukan Melayu sahaja diwajibkan
mendaftar
D Diperkenalkan untuk mengawal pergerakan
penduduk

 
16.
Rajah berikut merujuk kepada konsep kawasan putih yang diperkenalkan oleh Sir Gerald Templer.
 
Kawasan pertama yang diisytiharkan sebagai "kawasan putih" di Tanah Melayu ialah...
A Perlis.
B Kedah.
C Melaka.
D Kelantan.

 
17.
Maklumat berikut merujuk kepada pertubuhan komunis yang dikenal sebagai Comintern.
 
Apakah keputusan yang diambil oleh pertubuhan tersebut pada Julai 1919?
A Menganjurkan pemberontakan bersenjata
B Menyalurkan bantuan kewangan kepada negara
miskin
C Menyebarkan idea komunis ke seluruh dunia
D Menubuhkan cawangan pertubuhan

 
18.
Pernyataan berikut menggambarkan penyebaran fahaman komunis di Tanah Melayu.
 
Parti komunis tersebut menyebarkan fahaman komunis melalui...
A kelas agama. C pertubuhan agama.
B kesatuan sekerja. D pembesar tempatan.

 
19.
Pemimpin parti berikut telah ditahan berikutan peristiwa X.
 
Apakah X?
A Pelancaran mogok dan sabotaj
B Tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
C Menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
D Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa

 
20.
 
Antara berikut, yang manakah merupakan negara-negara yang terlibat dalam perkara tersebut bagi menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu?
I Australia
II Afrika Selatan
III China
IV Fiji
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

 
21.
Anda telah berjaya membunuh orang kanan Chin Peng.
Apakah ganjaran yang harus anda peroleh daripada Templer?
A Ganjaran berupa makanan diberikan
B Hadiah sebanyak $200 000
C Sebanyak $250 000 diberikan
D Pemilihan semula geran tanah

 
22.
Maklumat berikut berkaitan dengan pelantikan Gerald Templer.

Antara berikut, yang manakah usaha-usaha kempen beliau untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu?
I Membawa sepanduk mengutuk keganasan
komunis
II Kempen hapus komunis dilaksanakan
III Membakar rumah penyokong komunis
IV Sistem pendaftaran kebangsaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

 
23.
Pertubuhan berikut ditubuhkan oleh PKM.
 

Apakah peranan badan tersebut kepada PKM?
I Melatih kader
II Memberi maklumat
III Membekalkan makanan dan ubat
IV Menyusup ke dalam tentera British
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

 
24.
Perbualan berikut mungkin berlaku semasa gerakan komunis mendapat tentangan yang hebat daripada pemerintah British di Tanah Melayu.

Apakah langkah pasukan keselamatan bagi menggagalkan usaha komunis ini?
A Mencuri hasil tanaman komunis
B Memperketatkan pemerhatian
C Membakar kawasan tanaman
D Menyembur racun di tanaman

 
25.
Maklumat berikut merujuk kepada kejayaan Rancangan Briggs.

Antara berikut, yang manakah merupakan usaha-usaha Rancangan Briggs?
I Mengadakan kampung baru
II Pemberian kad catuan makanan
III Melancarkan perang saraf
IV Pengenalan Kawasan Putih
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Tuesday, February 19, 2013

UJIAN KENDIRI SJ T3B2

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 2 (2013)
  
1.
Cukai-cukai dalam rajah tersebut diperkenalkan oleh...
A Kerajaan Malayan Union.
B Pemerintahan Tentera Jepun.
C Pentadbiran Tentera British.
D Malayan People's Anti Japanese Army.
 
2.
Rajah berikut merujuk kepada keadaan yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1945.
X ialah...
A kekosongan politik.
B perjuangan pembebasan negara.
C pemansuhan kebebasan akhbar.
D kerjasama kaum menegakkan undang-undang.
 
3.
Rajah berikut merujuk kepada struktur pentadbiran Malayan Union.
X ialah...
A Residen.
B Gabenor.
C Residen Jeneral.
D Pesuruhjaya Tinggi.
 
4.
Berita berikut mungkin disiarkan dalam akhbar ketika itu.
Apakah perkara yang menguntungkan bukan Melayu?
A Pemberian kerakyatan
B Kemudahan pendidikan
C Penguasaan ekonomi
D Kebebasan berpolitik
 
5.
Senarai berikut merujuk kepada sebab Parti Kebangsaan Melayu Malaya menyokong pentadbiran Malayan Union.
X ialah...
A penyeragaman aliran pendidikan.
B pengukuhan pertahanan negara.
C penyatuan sistem pentadbiran.
D peningkatan taraf hidup rakyat
 
6.
Rajah berikut merujuk kepada pendirian parti X terhadap pentadbiran Malayan Union.
Parti X ialah...
A Parti Komunis Malaya.
B Malayan Democratic Union.
C Batasan Tani Malaya.
D All Malayan Council of Joint Action.
 
7.
Merujuk kepada jadual tersebut, apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?
A Pemulauan upacara pelantikan Gabenor Malayan
Union
B Pembukaan keahlian UMNO kepada semua
kaum
C Pengemblengan tenaga dalam satu parti politik
D Perletakan jawatan kakitangan kerajaan secara
beramai-ramai
 
8.
Seandainya anda adalah wartawan akhbar Majlis pada ketika itu, apakah yang anda akan memuatkan dalam berita anda?
I Perhimpunan diadakan secara aman
II Pengutukan terhadap pentadbiran baru
III Pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
IV Pemulauan terhadap barangan kuasa asing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 
9.
Tokoh wanita dalam senarai tersebut memberikan sumbangan penting dalam...
A memajukan sistem pendidikan.
B mengeratkan perpaduan kaum.
C menegakkan maruah bangsa.
D meningkatkan taraf hidup rakyat
 
10.
Jadual berikut merujuk kepada perjuangan UMNO dari tahun 1946 hingga 1949.
X ialah...
A memenangi pilihan raya umum.
B membentuk parti berbilang kaum.
C mewajibkan pendidikan rendah percuma.
D mendirikan sebuah kerajaan merdeka.
 
11.
Rajah berikut berkaitan pelantikan Dato' Onn.
Peristiwa X ialah...
A mengatasi ketegangan antara kaum.
B meningkatkan taraf sosioekonomi bangsa.
C menubuhkan parti politik kebangsaan.
D menghapuskan kegiatan ancaman komunis.
 
12.
Rajah berikut merujuk kepada sumbangan Dato' Onn Ja'afar antara tahun 1946 - 1948.
Sumbangan X ialah...
A mewajibkan pendidikan sekolah rendah.
B kejayaan menumbangkan Malayan Union.
C membanteras kegiatan ancaman komunis.
D kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
 
13.
Bendera UMNO terdiri daripada pelbagai warna. Apakah yang dilambangkan dengan warna merah?
A Keberanian
B Kesucian
C Agama Islam
D Tamadun Melayu
 
14.
Andaikan anda sebagai seorang wartawan yang membuat liputan tentang rapat umum yang diadakan oleh orang-orang Melayu semasa lawatan C. D. Gammans dan David Rees Williams ke Tanah Melayu pada tahun 1946.
Apakah isu yang diutarakan oleh orang Melayu?
A Penghakisan tamadun orang Melayu
B Pembubaran Majlis Raja-Raja Melayu
C Penyatuan pentadbiran Majlis Agama Islam
D Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
awam.
 
15.
Rajah berikut berkaitan pentadbiran di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga tahun 1946.
 
Apakah kejayaan X?
A Menamatkan Zaman Darurat
B Menyediakan latihan kepimpinan
C Merapatkan jurang ekonomi kaum
D Menegakkan undang-undang
 
16.
Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi oleh sekumpulan kecil orang Melayu terhadap Malayan Union.
Apakah alasan golongan tersebut menyokong Malayan Union?
A Setaraf dengan kemajuan British
B Kerakyatan diberikan kepada penduduk Tanah
Melayu sahaja
C Menyatukan sistem pentadbiran di Tanah
Melayu
D Melahirkan pentadbiran yang lebih maju
 
17.
Antara berikut, yang manakah ketua pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu?
I Sultan Negeri
II Majlis Mesyuarat Negeri
III Majlis Raja-Raja Melayu
IV Pesuruhjaya Tinggi British
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
 
18.
Penyataan berikut menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union melalui akhbar tempatan.
 
Sekiranya anda adalah seorang penduduk Tanah Melayu pada masa itu, apakah akhbar yang akan anda gunakan?
A Warta Negara
B Fajar Sarawak
C Utusan Malaysia
D Lembaga Malaya
 
19.
Penyataan berikut menggambarkan pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu.
 
Apakah ciri pentadbiran tersebut?
A Pembentukan Majlis Eksekutif
B Raja mengetuai Majlis Undangan
C Pentadbiran diketuai Pesuruhjaya Tinggi
British
D Tanah Melayu menjadi negeri naungan British
 
20.
Petikan berikut menggambarkan sokongan bekas pegawai British terhadap penentangan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu.
 
Pegawai British yang dimaksudkan ialah...
A Gerald MacBryan. C Edward Gent.
B Henry Gurney. D Frank Swettenham.
 
21.
Penyataan berikut menggambarkan penguasaan komunis di Tanah Melayu.
 
Apakah yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dalam tempoh 14 hari?
A Meluaskan pengaruh di Tanah Melayu
B Menghapuskan hak istimewa orang Melayu
C Membantu penduduk tempatan
mempertahankan Tanah Melayu
D Melakukan banyak keganasan sehingga
menimbulkan keadaan huru-hara
 
22.
Apakah ciri utama yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Konsep British diketengahkan
B Syarat kerakyatan diperlonggarkan
C Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan
12 buah negeri
D Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan
menggantikan Majlis Melayu
 
23.
Bendera UMNO berikut telah dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
 
Keris yang terdapat pada bendera UMNO melambangkan...
I kesucian.
II agama Islam.
III tamadun Melayu.
IV keikhlasan.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 
24.
Kedua-dua tokoh berikut berperanan penting terhadap sejarah negara kita.
 
Apakah peranan yang dimaksudkan?
A Menentang Malayan Union
B Menyelamatkan maruah bangsa dan negara
C Memerangi Malayan Union secara ganas
D Menyokong Malayan Union
 
25.
Rajah berikut berkaitan situasi di Tanah Melayu selepas peninggalan Jepun.


Apakah yang berlaku semasa kekosongan politik di Tanah Melayu?
A Komunis cuba untuk mengubah pentadbiran di
Tanah Melayu
B Negara luar ingin meluaskan pengaruh di
Tanah Melayu
C Parti Komunis Malaya bertindak untuk
melumpuhkan orang Melayu di Tanah Melayu
D Parti Komunis Malaya mengambil kesempatan
menguasai Tanah Melayu melalui cawangan
tenteranya


 


Monday, January 28, 2013

UJIAN KENDIRI SJ T3B1

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1 (2013)

1.
Rajah berikut merujuk kepada peranan Kesatuan Melayu Muda.
X ialah...
A menyebarkan propaganda.
B menyediakan bahan mentah.
C memberikan sumbangan derma.
D membekalkan tenaga sukarelawan.

2.
Jadual berikut merujuk kepada sistem pemerintahan Jepun.
Apakah jawatan X?
A Pesuruhjaya Tinggi
B Residen Jeneral
C Gabenor Jeneral
D Pegawai Daerah

3.
Maklumat berikut berkaitan dasar Jepun di Tanah Melayu.
Langkah tersebut menunjukkan Jepun mengamalkan ekonomi...
A kawalan. C sara diri.
B komersial. D bebas.

4.
Dialog berikut mungkin berlaku pada waktu pembelajaran Sejarah.
Pasukan polis tentera yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ialah...
A anggota kempeitai.
B pelajar Koa Kunrenjo.
C ahli Bintang Tiga.
D kumpulan Gerila Kinabalu.

5.
Masalah berikut dihadapi oleh Jepun pada tahun 1930-an.
Apakah tindakan X Jepun?
A Meningkatkan hubungan luar
B Mencetuskan peluasan kuasa
C Melancarkan pemodenan pertanian
D Memperkukuh pertahanan negara

6.
Maklumat berikut berkaitan tindakan yang dikenakan kepada Jepun oleh Amerika Syarikat.
Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Jepun ekoran sekatan ekonomi tersebut?
A Serangan Jepun ke atas Pearl Harbour
B Pihak Jepun mengenakan catuan makanan
C Tentera Jepun menyerang Asia Tenggara
D Ekonomi sara diri dikhususkan

7.
Sejajar dengan catuan makanan yang dilaksanakan oleh pihak Jepun, industri baru muncul berasaskan sumber tempatan.
Apakah industri baru tersebut?
A Tali kapal daripada getah padat
B Kelambu daripada daun getah
C Tayar tanpa tiub daripada sabut kelapa
D Bahan api daripada susu getah

8.
Apakah corak pentadbiran yang diperkenalkan oleh Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942?
A Republik
B Autokratik
C Demokrasi
D Ketenteraan

9.
Pernyataan berikut menggambarkan kedudukan pemerintah Melayu semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Pernyataan manakah menunjukkan kedudukan sultan?
A Mengetuai Majlis Pusat
B Mengetuai agama Islam
C Menerajui angkatan perang
D Menerajui pemerintahan negeri

10.
Rajah berikut merujuk kepada tempoh masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah...
A memajukan ekonomi negara.
B meningkatkan taraf hidup rakyat.
C mewujudkan perpaduan antara kaum.
D menyemarakkan semangat cintakan negara.

11.
Rajah berikut merupakan pasukan yang ditubuhkan oleh pemerintah Jepun di Tanah Melayu.
Apakah tugas pasukan tersebut?
A Mendapatkan kemerdekaan
B Memerintah Tanah Melayu
C Menentang tentera Bersekutu
D Menghapuskan ancaman komunis

12.
Pertubuhan manakah yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun tersebut?
 
I Wataniah Pahang
II Malayan People's Anti Japanese Army
III Pasukan Gerila Datu Mustapha
IV Pasukan gerila di Sandakan
 
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

13.
Antara berikut, yang manakah berkaitan ciptaan baru berasaskan bahan tempatan yang dihasilkan semasa penjajahan Jepun?
 
I Kasut getah daripada getah keping
II Penghasilan minyak dan gula kelapa
III Rokok yang dikomersialkan
IV Tayar tanpa tiub daripada getah padat
 
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14.
Anda telah bergambar bersama-sama dengan pasukan anda. Terdapat juga Sultan Abu Bakar, Kapten Abdul Razak bin Hussein dan juga pemerintah kehormat pasukan anda.
Apakah nama pasukan yang anda anggotai?
A Wataniah Pahang
B Gerila Kinabalu
C Askar Setia Melayu
D Anggota Force 136

15.
Rajah berikut merujuk kepada perluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua.
Apakah X?
A Jepun memenangi Perang China-Jepun pertama
B Jepun menyerang Asia Tenggara
C Jepun menguasai Korea
D Jepun memenangi Perang China-Jepun kedua

16.
Antara berikut, yang manakah merupakan cara kemaraan tentera Jepun?
I Kapal terbang perang digunakan
II Kapal tempur laut
III Berjalan kaki
IV Menggunakan bot
 
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17.
Maklumat berikut berkaitan jangka masa pemerintahan Jepun di negara kita.
Apakah corak pemerintahan Jepun di negara kita?
A Monarki.
B Liberal.
C Demokrasi.
D Ketenteraan.


18.

Tokoh berikut telah mempengaruhi sejarah Asia Tenggara.

Antara peranan beliau di Asia Tenggara ialah...

A berjaya mengusir kuasa Barat.
B menyingkirkan Jeneral Seishiro Itagaki.
C memulihkan kemajuan ekonomi.
D membawa masuk bekalan ubat.

19.
Senarai berikut menunjukkan faktor perluasan kuasa Jepun di Asia Tenggara.
Apakah faktor X?

A Perlumbaan senjata
B Bekalan bahan mentah
C Menyaingi kuasa Belanda
D Kepercayaan nenek moyang

20.
Rajah berikut menerangkan kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Apakah kenderaan yang digunakan oleh Jepun untuk mara ke selatan?

A Kereta dan Lori
B Kereta kebal dan basikal
C Kereta api dan kereta
D Bot dan kapal selam

21.
Maklumat berikut berkaitan serangan Jepun ke atas Sarawak.
Bagaimana pula kemaraan pasukan yang kedua?

A Mara ke Miri, Kuching
B Mara ke Kuching, Sibu
C Mara ke Labuan, Sandakan
D Mara ke Sandakan, Miri

22.
Keanggotaan angkatan tentera British terdiri daripada...

A Askar Belanda dan Sepanyol.
B Askar India-Gurkha dan Australia.
C Askar Inggeris dan Sepanyol.
D Askar India dan Belanda.

23.
Pihak Jepun telah memperkenalkan pemerintahan secara tentera di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Tanah Melayu dikenal sebagai...
 
A Malai Baru.
B Syonan.
C Cahaya Selatan.
D Pearl Harbour.

24.
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dibahagikan kepada dua seperti berikut.
Q ialah pentadbiran...

A wilayah.
B negeri.
C daerah.
D kebangsaan.

25.
Anda dapati semasa pentadbiran Jepun, Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran pusat. Pentadbiran ini dikenal sebagai...

A Malai Baru.
B Syonan.
C Borneo Utara.
D Borneo Selatan.