Tuesday, February 19, 2013

UJIAN KENDIRI SJ T3B2

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 2 (2013)
  
1.
Cukai-cukai dalam rajah tersebut diperkenalkan oleh...
A Kerajaan Malayan Union.
B Pemerintahan Tentera Jepun.
C Pentadbiran Tentera British.
D Malayan People's Anti Japanese Army.
 
2.
Rajah berikut merujuk kepada keadaan yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1945.
X ialah...
A kekosongan politik.
B perjuangan pembebasan negara.
C pemansuhan kebebasan akhbar.
D kerjasama kaum menegakkan undang-undang.
 
3.
Rajah berikut merujuk kepada struktur pentadbiran Malayan Union.
X ialah...
A Residen.
B Gabenor.
C Residen Jeneral.
D Pesuruhjaya Tinggi.
 
4.
Berita berikut mungkin disiarkan dalam akhbar ketika itu.
Apakah perkara yang menguntungkan bukan Melayu?
A Pemberian kerakyatan
B Kemudahan pendidikan
C Penguasaan ekonomi
D Kebebasan berpolitik
 
5.
Senarai berikut merujuk kepada sebab Parti Kebangsaan Melayu Malaya menyokong pentadbiran Malayan Union.
X ialah...
A penyeragaman aliran pendidikan.
B pengukuhan pertahanan negara.
C penyatuan sistem pentadbiran.
D peningkatan taraf hidup rakyat
 
6.
Rajah berikut merujuk kepada pendirian parti X terhadap pentadbiran Malayan Union.
Parti X ialah...
A Parti Komunis Malaya.
B Malayan Democratic Union.
C Batasan Tani Malaya.
D All Malayan Council of Joint Action.
 
7.
Merujuk kepada jadual tersebut, apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?
A Pemulauan upacara pelantikan Gabenor Malayan
Union
B Pembukaan keahlian UMNO kepada semua
kaum
C Pengemblengan tenaga dalam satu parti politik
D Perletakan jawatan kakitangan kerajaan secara
beramai-ramai
 
8.
Seandainya anda adalah wartawan akhbar Majlis pada ketika itu, apakah yang anda akan memuatkan dalam berita anda?
I Perhimpunan diadakan secara aman
II Pengutukan terhadap pentadbiran baru
III Pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
IV Pemulauan terhadap barangan kuasa asing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 
9.
Tokoh wanita dalam senarai tersebut memberikan sumbangan penting dalam...
A memajukan sistem pendidikan.
B mengeratkan perpaduan kaum.
C menegakkan maruah bangsa.
D meningkatkan taraf hidup rakyat
 
10.
Jadual berikut merujuk kepada perjuangan UMNO dari tahun 1946 hingga 1949.
X ialah...
A memenangi pilihan raya umum.
B membentuk parti berbilang kaum.
C mewajibkan pendidikan rendah percuma.
D mendirikan sebuah kerajaan merdeka.
 
11.
Rajah berikut berkaitan pelantikan Dato' Onn.
Peristiwa X ialah...
A mengatasi ketegangan antara kaum.
B meningkatkan taraf sosioekonomi bangsa.
C menubuhkan parti politik kebangsaan.
D menghapuskan kegiatan ancaman komunis.
 
12.
Rajah berikut merujuk kepada sumbangan Dato' Onn Ja'afar antara tahun 1946 - 1948.
Sumbangan X ialah...
A mewajibkan pendidikan sekolah rendah.
B kejayaan menumbangkan Malayan Union.
C membanteras kegiatan ancaman komunis.
D kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
 
13.
Bendera UMNO terdiri daripada pelbagai warna. Apakah yang dilambangkan dengan warna merah?
A Keberanian
B Kesucian
C Agama Islam
D Tamadun Melayu
 
14.
Andaikan anda sebagai seorang wartawan yang membuat liputan tentang rapat umum yang diadakan oleh orang-orang Melayu semasa lawatan C. D. Gammans dan David Rees Williams ke Tanah Melayu pada tahun 1946.
Apakah isu yang diutarakan oleh orang Melayu?
A Penghakisan tamadun orang Melayu
B Pembubaran Majlis Raja-Raja Melayu
C Penyatuan pentadbiran Majlis Agama Islam
D Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
awam.
 
15.
Rajah berikut berkaitan pentadbiran di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga tahun 1946.
 
Apakah kejayaan X?
A Menamatkan Zaman Darurat
B Menyediakan latihan kepimpinan
C Merapatkan jurang ekonomi kaum
D Menegakkan undang-undang
 
16.
Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi oleh sekumpulan kecil orang Melayu terhadap Malayan Union.
Apakah alasan golongan tersebut menyokong Malayan Union?
A Setaraf dengan kemajuan British
B Kerakyatan diberikan kepada penduduk Tanah
Melayu sahaja
C Menyatukan sistem pentadbiran di Tanah
Melayu
D Melahirkan pentadbiran yang lebih maju
 
17.
Antara berikut, yang manakah ketua pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu?
I Sultan Negeri
II Majlis Mesyuarat Negeri
III Majlis Raja-Raja Melayu
IV Pesuruhjaya Tinggi British
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
 
18.
Penyataan berikut menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union melalui akhbar tempatan.
 
Sekiranya anda adalah seorang penduduk Tanah Melayu pada masa itu, apakah akhbar yang akan anda gunakan?
A Warta Negara
B Fajar Sarawak
C Utusan Malaysia
D Lembaga Malaya
 
19.
Penyataan berikut menggambarkan pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu.
 
Apakah ciri pentadbiran tersebut?
A Pembentukan Majlis Eksekutif
B Raja mengetuai Majlis Undangan
C Pentadbiran diketuai Pesuruhjaya Tinggi
British
D Tanah Melayu menjadi negeri naungan British
 
20.
Petikan berikut menggambarkan sokongan bekas pegawai British terhadap penentangan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu.
 
Pegawai British yang dimaksudkan ialah...
A Gerald MacBryan. C Edward Gent.
B Henry Gurney. D Frank Swettenham.
 
21.
Penyataan berikut menggambarkan penguasaan komunis di Tanah Melayu.
 
Apakah yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dalam tempoh 14 hari?
A Meluaskan pengaruh di Tanah Melayu
B Menghapuskan hak istimewa orang Melayu
C Membantu penduduk tempatan
mempertahankan Tanah Melayu
D Melakukan banyak keganasan sehingga
menimbulkan keadaan huru-hara
 
22.
Apakah ciri utama yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Konsep British diketengahkan
B Syarat kerakyatan diperlonggarkan
C Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan
12 buah negeri
D Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan
menggantikan Majlis Melayu
 
23.
Bendera UMNO berikut telah dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
 
Keris yang terdapat pada bendera UMNO melambangkan...
I kesucian.
II agama Islam.
III tamadun Melayu.
IV keikhlasan.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 
24.
Kedua-dua tokoh berikut berperanan penting terhadap sejarah negara kita.
 
Apakah peranan yang dimaksudkan?
A Menentang Malayan Union
B Menyelamatkan maruah bangsa dan negara
C Memerangi Malayan Union secara ganas
D Menyokong Malayan Union
 
25.
Rajah berikut berkaitan situasi di Tanah Melayu selepas peninggalan Jepun.


Apakah yang berlaku semasa kekosongan politik di Tanah Melayu?
A Komunis cuba untuk mengubah pentadbiran di
Tanah Melayu
B Negara luar ingin meluaskan pengaruh di
Tanah Melayu
C Parti Komunis Malaya bertindak untuk
melumpuhkan orang Melayu di Tanah Melayu
D Parti Komunis Malaya mengambil kesempatan
menguasai Tanah Melayu melalui cawangan
tenteranya