SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 3 (2013)
1.
|
Rajah berikut berkaitan pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu.
Senarai tersebut digunakan oleh Parti Komunis Malaya bagi tujuan X,
iaitu...
A menjalankan pengintipan. B menyebarkan dakyah. C membekalkan maklumat. D menyediakan pendidikan. |
2.
|
Kawasan yang berlorek pada peta berikut telah memberikan sumbangan
kepada negeri Tanah Melayu pada tahun 1948 - 1960.
Apakah sumbangan yang dimaksudkan?
A Pembangunan ekonomi B Kemudahan kesihatan C Bantuan pertahanan D Penggubalan perlembagaan |
3.
|
Rajah berikut merujuk kepada antara tugas Min Yuen kepada Parti
Komunis Malaya.
X ialah... A memberikan maklumat. B mengatur kemudahan pendidikan. C menguruskan tabung pelaburan. D melatih pasukan gerila. |
4.
|
Andaikan anda sebagai Pengarah Operasi Rancangan Briggs pada tahun 1950
untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen.
Apakah pilihan strategi anda? A Membekalkan senjata kepada semua penduduk B Mengharamkan penyokong komunis menyertai kesatuan sekerja C Membawa masuk pasukan tentera dari luar D Menempatkan semula penduduk ke kampung baru |
5.
|
Dialog berikut mungkin dituturkan pada Zaman Darurat di Tanah Melayu.
Kebanyakan anggota gerakan tersebut terdiri daripada...
I pekerja lombong. II pekerja ladang. III kaum nelayan. IV pengusaha kilang. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
6.
|
Anda ditugaskan untuk menulis catatan ringkas dalam risalah Persatuan
Sejarah sekolah anda berkaitan keadaan penduduk di kampung baru di Tanah
Melayu pada tahun 1950-an. Apakah pilihan isi anda?
I Penyediaan kemudahan asas II Pelaksanaan ekonomi kawalan III Peningkatan hubungan antara kaum IV Pengawalan terhadap bekalan makanan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
7.
|
Sir Harold Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
pada tahun 1949. Apakah yang menjadi fokus penting MCA pada ketika itu?
A Memperjuangkan kemerdekaan tanah air B Memujuk anggota komunis meletakkan senjata C Meningkatkan perpaduan kaum melalui pendidikan D Mengatasi masalah penempatan semula penduduk |
8.
|
Rajah berikut merujuk kepada program kerajaan dalam Perang Saraf.
X ialah...
A mewujudkan penempatan baru. B memperbesarkan pasukan keselamatan. C melonggarkan syarat kerakyatan. D menggalakkan penubuhan parti politik. |
9.
|
British mengambil tindakan tersebut untuk...
A menjayakan pembentukan Parti Perikatan. B menjamin kemenangan dalam pilihan raya. C mendapat sokongan dalam membanteras komunis. D menyediakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. |
10.
|
Apakah perkara yang diberi penekanan dalam kempen tersebut?
A Bantuan ketenteraan B Kemantapan kewangan C Sokongan penduduk D Kekuatan parti politik |
11.
|
Anda dapati pihak PKM telah melakukan keganasan di Tanah Melayu
sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri.
Antara berikut, yang manakah merupakan keganasan yang dilakukan oleh PKM? I Bas dibakar II Balai polis diserang III Membakar ladang-ladang IV Menculik orang yang bersubahat A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV |
12.
|
Sultan dan Menteri Besar bagi setiap negeri sering menguar-uarkan
langkah-langkah menentang komunis.
Apakah tindakan Menteri Besar Pahang bagi menangani keganasan komunis? A Mengisytiharkan penyokong komunis sebagai pengkhianat negara B Menggelar ahli-ahli komunis sebagai pengganas C Mengingatkan tentang kekejaman komunis kepada rakyat D Menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis |
13.
|
Satu pertemuan telah diadakan di tempat berikut antara Tunku Abdul
Rahman dan PKM.
Antara berikut, yang manakah permintaan yang dikemukakan oleh Tunku
Abdul Rahman terhadap PKM?
I Kerjasama antara dua pihak II PKM meletakkan senjata III PKM dibubarkan IV PKM menubuhkan sebuah parti politik A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV |
14.
|
Rajah berikut menggambarkan kepentingan Min Yuen dalam pergerakan
Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam melumpuhkan Min
Yuen?
A Mewujudkan kampung baru B Melancarkan serangan hendap C Mengadakan perintah berkurung D Menawarkan pengampunan beramai-ramai |
15.
|
Maklumat berikut merupakan salah satu rancangan yang diperkenalkan di
Tanah Melayu di bawah Rancangan Briggs.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan rancangan tersebut?
A Penduduk berumur 11 tahun mesti didaftarkan B Diperkenalkan di kawasan petempatan setinggan C Penduduk bukan Melayu sahaja diwajibkan mendaftar D Diperkenalkan untuk mengawal pergerakan penduduk |
16.
|
Rajah berikut merujuk kepada konsep kawasan putih yang diperkenalkan
oleh Sir Gerald Templer.
Kawasan pertama yang diisytiharkan sebagai "kawasan putih"
di Tanah Melayu ialah...
A Perlis. B Kedah. C Melaka. D Kelantan. |
17.
|
Maklumat berikut merujuk kepada pertubuhan komunis yang dikenal
sebagai Comintern.
Apakah keputusan yang diambil oleh pertubuhan tersebut pada Julai
1919?
A Menganjurkan pemberontakan bersenjata B Menyalurkan bantuan kewangan kepada negara miskin C Menyebarkan idea komunis ke seluruh dunia D Menubuhkan cawangan pertubuhan |
18.
|
Pernyataan berikut menggambarkan penyebaran fahaman komunis di Tanah
Melayu.
Parti komunis tersebut menyebarkan fahaman komunis melalui...
A kelas agama. C pertubuhan agama. B kesatuan sekerja. D pembesar tempatan. |
19.
|
Pemimpin parti berikut telah ditahan berikutan peristiwa X.
Apakah X?
A Pelancaran mogok dan sabotaj B Tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai C Menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja D Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa |
20.
|
Antara berikut, yang manakah merupakan negara-negara yang terlibat
dalam perkara tersebut bagi menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu?
I Australia II Afrika Selatan III China IV Fiji A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
21.
|
Anda telah berjaya membunuh orang kanan Chin Peng.
Apakah ganjaran yang harus anda peroleh daripada Templer? A Ganjaran berupa makanan diberikan B Hadiah sebanyak $200 000 C Sebanyak $250 000 diberikan D Pemilihan semula geran tanah |
22.
|
Maklumat berikut berkaitan dengan pelantikan Gerald Templer.
Antara berikut, yang manakah usaha-usaha kempen beliau untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu? I Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis II Kempen hapus komunis dilaksanakan III Membakar rumah penyokong komunis IV Sistem pendaftaran kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
23.
|
Pertubuhan berikut ditubuhkan oleh PKM.
Apakah peranan badan tersebut kepada PKM? I Melatih kader II Memberi maklumat III Membekalkan makanan dan ubat IV Menyusup ke dalam tentera British A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
24.
|
Perbualan berikut mungkin berlaku semasa
gerakan komunis mendapat tentangan yang hebat daripada pemerintah British di
Tanah Melayu.
Apakah langkah pasukan keselamatan bagi menggagalkan usaha komunis ini? A Mencuri hasil tanaman komunis B Memperketatkan pemerhatian C Membakar kawasan tanaman D Menyembur racun di tanaman |
25.
|
Maklumat berikut merujuk kepada kejayaan
Rancangan Briggs.
Antara berikut, yang manakah merupakan usaha-usaha Rancangan Briggs? I Mengadakan kampung baru II Pemberian kad catuan makanan III Melancarkan perang saraf IV Pengenalan Kawasan Putih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV |
NUR FARINA AQILAH (3H)
ReplyDelete1.B 2.C 3.A 4.B 5.A 6.B 7.A 8.C 9.D 10.C 11.B 12.C 13.C 14.A 15.D 16.C 17.C 18.B 19.A 20.B 21.B 22.A 23.C 24.B 25.A
YUGESWARY a/p CHANDRA SEGARAN (3 ROSE)
ReplyDelete1.B 11.B 21.B
2.C 12.D 22.A
3.A 13.C 23.C
4.D 14.A 24.B
5.A 15.D 25.A
6.B 16.C
7.D 17.C
8.C 18.B
9.C 19.A
10.C 20.B
THULASI a/p ARUNASALAM (3 ROSE)
ReplyDelete1.B 11.A 21.B
2.C 12.C 22.A
3.A 13.C 23.C
4.D 14.D 24.D
5.A 15.D 25.A
6.B 16.C
7.D 17.C
8.C 18.B
9.C 19.A
10.C 20.B